Pengeposan dilakukan pada pukul 8.00 pagi Isnin - Jumaat. Tempahan selepas jam 11 pm akan dipos pada hari berikutnya.

Cara pengukuran Saiz Bra anda

Posted by admin 26/04/2017 0 Comment(s)

CARA PENGUKURAN SAIZ BRA ANDA.

 

Disebabkan ramai yang bertanya admin mengenai cara mengukur saiz bra pada admin, jadi admin ingin berkongsi sedikit maklumat yang boleh membantu ibu-ibu mengukur saiz bra anda.

 

Ukuran bra (bra size) terdiri dari dua bahagian.

 

1. Band size (ukur lilit di bawah payudara) - Band size ditunjukkan dalam bentuk angka (32, 34, 36 dan seterusnya)

2. Cup size (ukuran cawan) - cup size dalam bentuk huruf (A, B, C dan seterusnya).

 

A) BAND SIZE (UKUR LILIT DI BAWAH PAYUDARA)

 

Pakai bra semasa mengukur sambil berdiri. Ukur di sekeliling bawah payudara secara longgar bukan ketat.

 

Jika mendapat nombor genap, tambah 4 inci.

Jika mendapat nombor ganjil, tambah 5 inci.

 

> Contoh nya ukur lilit bawah payudara anda bersamaan 75 cm.

> 75 cm adalah bersamaan dengan 29 inci

> Ambil 29 inci tambah 5 inchi, hasilnya adalah 34 inchi.

> Oleh itu saiz bra anda adalah 34/75

 

Berikut ialah ukuran daripada lilit bawah payudara (band size) :

 

> lilit bawah payudara 63-67cm ukuran anda adalah 30/65

> llit bawah payudara 68-72cm ukuran anda adalah 32/70

> lilit bawah payudara 73-77cm ukuran anda adalah 34/75

> lilit bawah payudara 78-82cm ukuran anda adalah 36/80

> lilit bawah payudara 83-87cm ukuran anda adalah 38/85

> lilit bawah payudara 88-92cm ukuran anda adalah 40/90

> lilit bawah payudara 93-97cm ukuran anda adalah 42/95

> lilit bawah payudara 98cm-102cm ukuran anda adalah 44/100

 

B) CUP SIZE

 

Ukur lilit terlebih dahulu bahagian paling menonjol payudara hingga ke belakang. Di bahagian terpadat payudara. Jangan terlalu ketat atau terlalu longgar.

 

Contohnya anda dapat 31.

Jadi untuk dapatkan saiz cup bra yang sesuai bersamaan:

 

Ukur lilit bahagian paling menonjol payudara- Ukur lilit bawah payudara (band size)  =  saiz cup anda

 

31 - 29 = 2 inchi

 

Perbezaan 1 inci = Cup Size A

Perbezaan 2 inci = Cup Size B

Perbezaan 3 inci = Cup Size C

Perbezaan 4 inci = Cup Size D

 

Jadi saiz cup anda adalah B

Jadi ukuran bra anda adalah 34/75B

 

Kesilapan di dalam memilih saiz bra boleh menyebabkan pengudaraan yang tidak nyaman dan tidak keselesaan kepada anda juga breast anda tidak berkembang dengan baik dan tidak boleh bernafas.

 

Jadi anda sebagai wanita harus tahu apa itu 34b.34c,34d untuk mudah memilih saiz bra yang anda harus pakai.

Leave a Comment