Pengeposan dilakukan pada pukul 8.00 pagi Isnin - Jumaat. Tempahan selepas jam 11 pm akan dipos pada hari berikutnya.

Habbatussauda dan kencing manis

Posted by admin 16/05/2017 0 Comment(s)

HABBATUSSAUDA DAN KENCING MANIS

Saya kadang terhairan-hairan dengan sikap segelintir umat Islam yang tidak percaya pada hadith shahih baginda Nabi saw. mengenai manfaat habbatussauda.

Jarang ditemukan pesakit kencing manis bersungguh-sungguh amal raja tumbuhan herba ini.

Ada banyak fakta yang tidak dapat dipungkiri,

Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Journal of Endocrinology and Metabolism, para penyelidik dari Indian Council of Medical Research telah mendapati bahawa minyak habbatussauda dapat:

+ Menyebabkan pertumbuhan semula beransur-ansur sebahagian daripada pankreas beta-sel

+ Meningkatkan kepekatan insulin serum yang rendah

+ Mengurangkan serum glukosa yang tinggi

Penemuan ini meyakinkan lagi bahawa Nigella Sativa (nama saintifik bagi habbatussauda) adalah antara beberapa bahan yang dipercayai dapat membantu melawan kedua-dua jenis penyakit diabetes. Asalkan kita tahu pilih kualiti habbat dan tahu cara makan.

Malah, menurut kajian itu juga, habbatussauda dapat,

"memperbaiki toleransi glukosa dengan effektif sebagaimana metformin, dan ia tidak menunjukkan sebarang kesan negatif dan mempunyai kadar toksik yang rendah"

Sumber :As syifaa /quadmed

Leave a Comment