Pengeposan dilakukan pada pukul 8.00 pagi Isnin - Jumaat. Tempahan selepas jam 11 pm akan dipos pada hari berikutnya.

Set Tungku Batu Sungai dan Sarung Tungku

New Set Tungku Batu Sungai dan Sarung Tungku

Set Tungku Batu Sungai dan Sarung Tungku


Jom ibu berpantang dengan set tungku batu sungai siap dengan sarung nya sekali, tak perlu untuk ibu-ibu balut dengan kain batik atau apa jua jenis kain untuk membalut tungku yang kadang-kadang agak sukar untuk ibu menguruskan nya kerana kadang-kadang cepat koyak dan susah diikat.


Dengan set ini, kita sediakan sekali dengan sarung nya.


Kain adalah kain cotton tebal dan bahagian dalam kain cotton dan belacu yang tebal dan tahan lasak.


Juga mempunyai pengikat khas yang mudah untuk ibu mengikatnya. Tips untuk jaga ketahanan sarung tungku adalah,selepas ibu panaskan tungku,jangan terus masukkannya ke dalam sarung ye, biar seketika dalam 5 minit supaya sarung itu tidak terbakar.


Atau ibu masukkan daun sireh,daun mengku ke dalam sarung tungku dan kemudian boleh masukkan tungku.


CARA GUNA

1. Panaskan tungku batu sungai di atas dapur dengan api yang sederhana. Elakkan menggunakan api yang pans supaya batu tidak merekah.Ketahanan haba lebih berpanjangan jika dipanaskan dengan api yang sederhana kerana haba akan meresap dengan baik ke dalam batu dengan api yang sederhana.


2. Tunggu dalam 10 ke 20 minit dipanaskan dan tutup api. Selepas itu biar seketika dalam 5 minit dan kemudian masukkan ke dalam sarung tungku dan ikat dengan kemas sarung tungku tersebut.


3. Ibu boleh juga masukkan terlebih dahulu daun mengkudu atau daun sireh ke dalam sarung kemudian masukkan tungku dan ikat.


KELEBIHAN TUNGKU BATU SUNGAI


1. Ianya mempunyai ketahanan haba yang lama, lambat sejuk. Amalkan bertungku setiap hari sepanjang tempoh berpantang pagi dan petang.


KEBAIKAN BERTUNGKU PADA IBU


1. Membantu mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku.Lebih bagus sekiranya darah anda berhenti lambat untuk memastikan darah dan lendir keluar sepenuhnya sepanjang tempoh berpantang 44 hari. Rahim wanita tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal.


2.Membantu mengeluarkan semua kotoran dan toksin daripada badan.


3.Dapat memecahkan lemak dalam badan yang berkumpul sepanjang kehamilan.


4.Mengecutkan rahim dan organ yang bengkak kerana bersalin


5.Membantu mengembalikan tubuh badan kepada bentukk keadaan asal dan mengempiskan perut


6. Membantu melancarkan peredaran darah dan membuang angin di dalam badan ibu selepas bersalin. Berat batu sungai adalah berubah - rubah bergantung pada saiz batu tersebut.


Perhatian anda akan dapat set tungku ini yang mengandungi batu sungai dan sekali sarung nya ya. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

  • Views: 154
  • Product Code: TBATUSUNGAINSRG
  • Availability: 10
4 Product(s) Sold
  • RM50.00

Tags: Set Tungku Batu Sungai dan Sarung Tungku